Promosi Ramadan: Ramadan 'Feed the Fasting'

Islamic Relief: Ramadan 'Feed the Fasting'
Berkongsi Nikmat Ramadan Bersama Mereka Yang Memerlukan


















Kempen Ramadhan Kembali lagi...Bantulah Mereka Berbuka Puasa atau  `Ramadhan Feed The Fasting 2010` merupakan program tahunan anjuran Islamic Relief Malaysia. Merupakan program amal pengagihan pek makanan keperluan harian kepada golongan fakir miskin dan juga golongan yang kurang berkemampuan. Ia bertujuan untuk meringankan beban golongan tersebut bagi menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Melalui kempen ini, orang ramai atau syarikat korporat boleh menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga. Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak, sardin dan kurma ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Bagi tahun 2010 pula, pihak Islamic Relief Malaysia telah mensasarkan untuk mengagihkan pek makanan tersebut kepada 20,000 penerima bantuan dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan mereka yang telah disenarai layak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Program `Ramadhan Feed The Fasting 2010` ini, turut dilaksanakan serentak di serata dunia menerusi cawangan-cawangan Islamic Relief yang lain. Untuk tahun 2009 sahaja, Islamic Relief Worldwide telah berjaya mengagihkan pek makanan kepada lebih 1,000,000 penerima di serata dunia. Makanan yang diagihkan adalah merupakan makanan tradisi penduduk sesebuah negara.  Pengagihan peringkat antarabangsa lebih tertumpu  kepada golongan yang menghadapi krisis makanan disebabkan oleh kemiskinan, bencana alam,konflik dan juga peperangan.

Kempen ini akan berlangsung sepanjang bulan ramadhan.  Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia iaitu www.irm.org.my atau menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89486334.
*************************************************************
INTRODUCTION ON FEED THE FASTING CAMPAIGN

“Ramadhan’s Feed The Fasting ” is an annual program organized by Islamic Relief Malaysia intended to alleviate the burden of the unfortunates to perform the fasting ritual in the month of  Ramadhan by providing them with food packages which contain basic food that are rice, sugar, flour, cooking oil, salt and etc. Each food packages is intended to be consumed by a family of 2-3 for a few weeks in the month of Ramadhan. It is Islamic Relief’s honourable objective to link the donors with the unfortunates where with just RM 50, a donor can help to support an underprivileged family for weeks.
For the year 2010, IRM had set a target of 20,000 beneficiaries from the underprivileged group which includes the poor, orphans, single mothers and those who are qualified according to criteria set by Islamic Relief Malaysia. The distribution will be made all over Malaysia including Sabah and Sarawak in the whole month of Ramadhan. The selection of qualified beneficiaries is made by Islamic Relief Malaysia with support from the Community Welfare Department of Malaysia and the local community authorities where the distributions are held.

`Ramadhan Feed The Fasting 2009` program  is also carried out by Islamic Relief  in various countries worldwide where Islamic Relief (IR) operated. For the year 2009 alone, an estimated of more than 1,000,000 beneficiaries from all over the world benefited from this program. The content of food packages varies according to the basic food of the local population of each country.  The international distribution aims at countries where the citizens are facing food insecurity due to poverty, natural disaster or political conflict.

IRM welcomes support from individuals and corporate bodies around Malaysia to Feed the fasting campaign 2009. For donation and further information, please visit Islamic Relief Malaysia website at www.irm.org.my  or give a call at the office at 03-89486334.





Share/Save/Bookmark

0 comments:

Related Posts with Thumbnails